Artikel

Sehingga Akhir November, Sebanyak RM1.3 Bilion Jumlah Deposit SSPN Dicatatkan

Kini sekitar 87.05% jumlah deposit akauan Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) dicatatkan oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPN).

Data sehingga November 2020 itu jelas memaparkan sasaran jumlah deposit bagi tahun ini tidak mencapai apa yang ditetapkan iaitu RM1.5 bilion.

Bagaimanapun, sasaran tersebut masih dapat dipenuhi dengan 96.32% iaitu sebanyak 385,288 akaun SSPN dibuka. Malah pihak SSPN turut menjangkakan aliran tersebut akan kekal meningkat.

Menurut Wan Saiful, Pengerusi PTPTN jangkaan ini meliputi saranan kepada ibu bapa untuk memanfaatkan peluang menabung untuk pendidikan anak-anak di masa hadapan, malah ia juga dapat mempersiapkan diri keluarga untuk hadapi pandemik di kemudian hari.