Artikel

Penyedia Perkhidmatan Tempahan Penginapan Atas-Talian Perlu Mendaftar Dengan MyTTx

Kerajaan kini mengingatkan supaya penyedia perkhidmatan tempahan penginapan secara atas-talian, perlu mendaftar dengan MyTTx (Malaysian Tourism Tax System) sekurang-kurangnya sekitar April atau Mei 2021 kelak – tiga bulan sebelum Julai 2021.

Langkah ini adalah dalam memastikan implementasi sistem pembayaran cukai pelancongan oleh penyedia perkhidmatan berkenaan berfungsi dengan lancar.

Untuk makluman, pengecualian cukai pelancongan telah diberikan selama setahun, antara Julai 2020 sehingga Jun 2021 kelak. Cukai pelancongan ini dikenakan kepada pelancong asing, sebanyak RM10, dan perlu dibayar ketika melancong di Malaysia.

Bagi penyedia perkhidmmatan digital yang ingkar, mereka akan dikenakan penalti atau denda tidak lebih RM30,000 atau penjara tidak kurang setahun, atau kedua-duanya sekali.