Malaysia dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) memaparkan potensi kerjasama ekonomi yang luas antara dua hala.
Usaha itu dapat dilihat berdasarkan jumlah pasaran antara kedua negara mencapai 12.5% iaitu AS$6.426 bilion berbanding AS$5.709 bilion pada tahun 2018.
Antara faktor yang merancakkan lagi potensi pasaran ini adalah hasil perdagangan dan pelaburan negara. Untuk makluman, UAE adalah eksport terbesar di Malaysia dan import kedua terbesar bagi serantau.
Tumpuan potensi ekonomi lain yang turut disasarkan adalah sektor pelancongan. Peningkatan penglibatan pelancong UAE pada sektor negara jelas meningkat dengan 11,000 kedatangan dicatatkan, sebelum berlakunya penularan COVID-19.
Melihat potensi ini – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah juga turut menzahirkan kerjasama antara Malaysia dan UAE harus kekal diteruskan bagi mengukuhkan lagi pertumbuhan ekonomi dua hala tersebut. Pada masa yang sama penyertaan negara pada Expo Dubai 2020 turut dapat meluaskan penerokaan ekonomi negara.