Artikel

China Mohon Ant Group Fokus Kepada Perkhidmatan Pembayaran Sahaja

China kini menyarankan Ant Group untuk kembali semula kepada konsep perniagaan mereka yang berfokuskan kepada perkhidmatan pembayaran.

Saranan tersebut dilihat, sudah pasti sukar untuk dipenuhi oleh Ant Group yang telahpun terlibat secara terus dengan bahagian pinjaman kewangan. Kesukaran tersebut merangkumi penyusunan semula struktur organisasi mereka.

Pihak berkuasa China juga pada masa yang sama turut mengecam tindakan Ant Group yang memperkatakan pengurusan korporat negara tidak sistematik dan tidak mematuhi arahan syarat yang telah diberikan.

Malah, Ant Group juga telah menempatkan entiti mereka sebagai kuasa dominan kewangan digital, khususnya golongan muda – tindakan itu merencatkan persaingan secara sihat dari berlaku, bahkan hanya memenuhi kepentingan pihak tertentu sahaja.

Kesan daripada pergolakan kedua-dua pihak ini secara tidak langsung telah menurunkan nilai saham Ant Group pada papan pelaburan.