Artikel

Kutipan Cukai Perkhidmatan Digital Kini Mencecah RM428.07 Juta – MOF

Sekitar RM428.07 juta kini telah dikutip berasaskan Cukai Perkhidmatan Digital daripada penyedia perkhidmatan digital seperti Netflix, Spotify, Amazon dan beberapa lagi syarikat lain.

Data itu telah dimaklumkan oleh Datuk Abdul Rahim Bakri, Timbalan Menteri Kewangan I.  Sumber baharu ini juga turut dikenakan ke atas penyedia digital negara asing, tidak hanya ke atas penyedia perkhidmatan tempatan sahaja.

Kenyataan itu telah dilakukan ketika Datuk Abdulk Rahim menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Cukai PErkhidmatan (Pindaan) 2020 pada sidang Dewan Negara hari ini.

Untuk makluman, pengenaan cukai tersebut telah mulai dikuatkuasakan pada 1 Januari 2020 lagi. Tidak hanya Malaysia – terdapat beberapa negara lain juga turut melaksanakan penerapan cukai perkhidmatan digital ini seperti Russia, Norway dan juga New Zealand.