Artikel

England Kini Melarang Jualan Promosi “Beli 1 Percuma 1” Terhadap Makanan Kandungan Tinggi Lemak, Garam Dan Gula

England kini telah melaksanakan larangan ke atas promosi makanan di pasaraya dan bahagian pengisian semula minuman ringan yang memiliki kandungan tinggi lemak, garam dan gula.

Tindakan sejak April itu dilihat mengekang galakan kepada kadar kegemukan di negara tersebut.

Malah melalui larangan tersebut – tiada lagi kebenaran menggunakan tawaran promosi seperti ‘beli satu percuma satu’ mahupun ‘beli tiga untuk dua harga’.

Menurut Menteri Kesihatan England, Jo Churchill – laras pengiklanan tersebut dilihat tidak baik dan ini adalah langkah negara dalam membentuk sebuah persekitaran yang lebih sihat untuk rakyat negara England.

Malah usaha pihak kesihatan juga adalah untuk mengatasi kadar obesiti yang memaparkan peningkatan, di mana sekitar 63% golongan dewasa disahkan berlebihan berat badan dan obesiti.

Bukan sekadar orang dewasa, bahkan kanak-kanak juga dicatatkan 1 dari 3 kanak-kanak memiliki berat badan berlebihan. Data itu secara tidak langsung menunjukkan masyarakat England terdedah dengan amalan pemakanan yang kurang sihat – dan faktor pasaran sedemikian mendorong kepada peningkatan kadar kegemukan mereka.

Bagaimanapun, larangan itu dikecualikan untuk pasaran jualan kedai produk coklat.