Dato’ Sri Ismail Sabri menegaskan kerajaan dan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kini memberi kebebasan kepada rakyat negara untuk mematuhi garis panduan yang telah dimaklumkan dan pilihan menjalani kuarantin di rumah sendiri.
Sekiranya pilihan tersebut tidak dapat dipatuhi dengan baik, berkemungkinan ia akan membawa kepada sekatan garis panduan yang lebih ketat lagi.
Pemerhatian akan dilakukan dari semasa ke semasa berhubung peningkatan kes COVID-19. Oleh itu, pematuhan terhadap penjarakan sosial, pemakaian pelitup muka dan kebersihan tangan amatlah penting pada amalan harian masyarakat negara.
Pada sidang media MKN sebentar tadi, DS Ismail Sabri turut mengatakan tiada sebarang sambutan besar-besaran Tahun Baru 2021 akan dibenarkan, ini bagi mengekang penularan pandemik yang lebih meluas terus berlaku.
Semua pihak diharapkan berkerjasama dalam mengekang permasalahan ini.