Artikel

Pasaran Kerjaya Semakin Tidak Menentu, Para Pekerja Perlu Tingkatkan Kemahiran Diri

Era pandemik kini secara berterusan menekan para pekerja untuk mempelbagaikan kemahiran mereka, usaha itu bagi menjamin kelangsungan pekerjaan di masa hadapan.

Tinjauan UOB pada Kajian Sentimen Pengguna Asean mendapati keperluan tindakan itu dituntut bagi memastikan setiap individu masih relevan pada bidang pekerjaan yang diceburi.

Dapatan tersebut memaparkan 9 dari 10 pekerja di Malaysia melihat keperluan untuk tingkatkan kemahiran diri amat penting.

Ini kerana, kebanyakkan syarikat mementingkan tenaga kerja yang tangkas dan mudah menyesuaikan diri untuk menghadapi keadaan tugasan yang akan berubah kerana ketidakpastian dan gangguan semasa.

Malah 85% responden turut bersetuju – syarikat akan lebih suka menggaji pekerja yang memiliki pelbagai kreadibiliti. Sementara itu, 83% pula berpendapat para majikan akan mengurangkan jumlah tenaga kerja sekiranya penerapan digitalisasi semakin meningkat.

Antara faktor lain yang turut digariskan pada tinjauan adalah kebimbangan keselamatan pekerja – rata-rata pekerja yang cenderung mengfokuskan faktor ini terdiri daripada generasi Z yang berusia 18 hingga 23 tahun.

Secara keseluruhannya, kepelbagaian dalam kemahiran dapat mengekalkan dan meningkatkan kualiti pekerjaan individu. Oleh itu, semua pihak perlu mengambil berat berhubung saranan ini.