Cadangan pembukaan sempadan kini sedang dipertimbangkan bagi meningkatkan sektor pelancongan negara.
Datuk Seri Nancy Shukri, Menteri Pelancongan, Kesenian dan Budaya (MOTAC) mengatakan kerajaan ketika ini sedang memperhalusi cadangan tersebut bersama kawasan negara yang diklasifikasikan sebagai Zon Hijau.
Antara rundingan negara terlibat adalah Singapura, Brunei, Korea, Jepun, Taiwan dan New Zealand.
Bagaimanapun pertimbangan tersebut perlu meliputi sokongan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berhubung peningkatan kes yang berlaku dalam negara ketika ini.
Selain itu, walaupun cadangan pembukaan sempadan ini sedang dipertimbangkan – MOTAC kekal menasihati semua pihak iaitu pemain industri, pelancong untuk kekal mematuhi garis panduan kesihatan yang telah diwajibkan.
Ini kerana, tujuan kebenaran pelancongan tersebut dilaksanakan adalah untuk membantu pertumbuhan negara – namun semua pihak perlulah menjalankan tanggungjawab bersama dalam memerangi penularan COVID-19.