Artikel

Individu Yang Disahkan Positif COVID-19 Tanpa Gejala, Disarankan Jalani Kuarantin Di Rumah

Jumlah kes COVID-19 negara semakin meningkat mendorong penurunan kapasiti di hospital dan pusat kuarantin.

Berdasarkan laporan MalayMail, Tan Sri Dr Noor Hisham – Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menasihati bagi individu yang disahkan positif COVID-19 tetapi tidak memiliki gejala untuk kuarantin di rumah sahaja.

Pengasingan tersebut disarankan sementara pihak kesihatan menguruskan penempatan kepada para pesakit awal ini.

Bagaimanapun pihak KKM kekal bergerak pantas dengan melakukan tambahan 10,000 jumlah katil bagi peningkatan kes. Di mana dijangka lebih banyak kes akan didiagnosiskan – terutamanya dalam kalangan pekerja asing.

Oleh itu, orang awam dinasihatkan untuk kekal memakai pelitup muka, menjaga penjarakan fizikal dan sentiasa membersihkan tangan bagi memutuskan rantaian COVID-19.

Kerjasama semua pihak dapat membantu petugas barisan hadapan dalam menangani peningkatan kes positif yang lebih tinggi.