Melalui kajian yang dijalankan, ia didapati sekitar 15% rakyat Malaysia menghidap penyakit buah pinggangn yang kronik pada pelbagai peringkat.
Perkara ini dikongsikan oleh Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, mengatakan ramai yang menghidapinya tidak sedar akan berkenaan dengan penyakit tersebut. Salah satu sebabnya adalah kerana ia jarang menunjukkan sebarang gejala sehingga berada pada tahap yang serius.
Selari dengannya, laman MyBuahPinggang kini dilancarkan, dalam usaha memberikan lebih maklumat berkenaan dengan penyakit buah pinggang kepada orang awam.