Artikel

China, India Bakal Tampil Antara Ekonomi Terbesar Global Menjelang 2030 – Laporan

China kini dijangka mengatasi Amerika Syarikat selaku ekonomi negara terbesar di dunia menjelang tahun 2028.

Berdasarkan laporan Pusat Penyelidikan Ekonomi dan Perniagaan UK (CEBR) – kawalan China ke atas penularan pandemik COVDI-19 telah menjadikan negara terbabit jauh keterdepan dalam pertumbuhan ekonomi global.

Meskipun, ia adalah negara pertama yang bermula penularan pandemik namun kawalan yang pantas dan ketat – berjaya mengelakkan kemelesetan ekonomi terus berlaku dan dijangka untuk tahun ini, China akan menyaksikan pertumbuhan ekonomi sekitar 2%.

Manakala, pertumbuhan ekonomi China juga dijangka cenderung meningkat sebanyak 5.7% setiap tahun hingga 2025, dan 4.5% setiap tahun dari 2026-2030.

Berbeza dengan negara AS yang kini memperlihatkan kerugian ekonomi sedang ditanggung oleh dasar monetori dan pakej rangsangan. Lebih menyukarkan lagi peningkatan pertumbuhan, kadar pengangguran di AS terus meningkatkan melibatkan 14 juta individu.

Laporan turut mengatakan bahawa setelah pemulihan pasca pandemik 2021, ekonomi AS akan mencapai pertumbuhan sekitar 1.9% bagi setiap tahun mulai 2022 hingga 2024 dan kemudiannya perlahan kepada 1.6% pada tahun-tahun seterusnya.

Walaupun China dijangka memonopoli pasaran pertumbuhan ekonomi, namun dari segi kewangan, AS masih lagi dijangka mendahului – ini kerana populasi China, empat kali ganda melebihi AS menyebabkan situasi tersebut kekal berpihak kepada AS.

Selain China, India juga dijangka bakal tampil sebagai negara ketiga ekonomi terbesar menjelang tahun 2030.