Kementerian Sumber Manusia kelak akan memperkenalkan sebuah aplikasi pada 11 Januari 2021 kelak, yang akan memudahkan komunikasi antara pekerja tempatan mahupun asing terus kepada pihak kerajaan.
Melaluinya, pekerja boleh memaklumkan secara terus kepada kerajaan berkaitan sebarang perkara, termasuk pengabaian kebajikan oleh majikan kepada pekerja mereka.
Kementerian Sumber Manusia mengatakan aplikasi ini akan memudahkan aduan dilakukan secara awanama, dan sebarang aduan akan dirahsikan nama pengadunya.
Pengenalan aplikasi ini dijangka akan dapat membantu Jabatan Tenaga Kerja dalam mengambil tindakan dengan cepat sekiranya berlaku sebarang penindasan.
Aplikasi ini akan ditawarkan dalam pelbagai bahasa bagi memudahkan bukan sahaja pekerja tempatan, tetapi juga pekerja asing untuk menyampaikan sesuatu maklumat terus kepada pihak kerajaan.