Artikel

Harga Minyak Naik 2 Sen Untuk RON95, RON97 Dan Diesel

Kerajaan hari ini telah mengumumkan kemaskini harga minyak mingguan, sekaligus memperlihatkan peningkatan sebanyak 2 sen untuk RON95, RON97 dan juga diesel.

Dengan kenaikkan mingguan ini, ia memperlihatkan RON95 kini berharga RM1.80 seliter, RON97 berharga RM2.10 seliter dan diesel pula berharga RM1.98 seliter.

Perubahan harga ini adalah untuk tempoh seminggu – bermula 26 Disember sehingga 1 Januari 2021 kelak.

Minyak Naik 2Sen