Artikel

Unilver Dan Burger King Memperluaskan Kerjasama Untuk Menawarkan Whopper Dengan Patti Tumbuhan

Unilever merupakan salah satu syarikat yang mempunyai sejumlah jenama popular dibawah mereka, termasuk Walls, Lipton, Dove, Rexona, Sunlight dan puluhan lagi jenama popular. Vegetarian Butcher juga merupakan salah satu syarikat dibawah Unilever yang memfokuskan kepada penghasilan patti untuk burger.

Terbaru, Unilever memperluaskan kerjasama dengan Burger King untuk menawarkan patti berasaskan tumbuhan untuk restoran Burger King di Amerika Latin dan China, untuk digunakan dalam burger Whopper.

Burger berasaskan patti ini akan ditawarkan di 325 kedai Burger King di China, dan disasarkan untuk diperluaskan ke lebih banyak restoran secara berperingkat pada 2021 kelak.

Permintaan untuk burger berasaskan patti tumbuhan ini dijangka akan meningkat dari tahun ke tahun. Unilever sendiri menyasarkan untuk menjana sekitar 1 Bilion Euro dari segi jualan patti berasaskan tumbuhan ini dalam tempoh lima ke tujuh tahun akan datang.