Ternyata Malaysia berjaya mengatasi China dengan kekal sebagai negara Asia memiliki kadar berat badan berlebihan sekitar 65%.
Laporan AFP ini menujukkan kadar kegemukan itu masih dipegang oleh Malaysia menerusi tinjauan Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) pada data 2019. Kadar itu merangkumi berat badan berlebihan dan kadar obesiti. Sementara itu, China pula melebihi 50% kadar berat badan berlebihan yang dicatatkan.
Apa yang membimbangkan adalah kadar tertinggi ini telah dipelopori Malaysia sejak tahun 2015 lagi, dan ia masih berterusan.
Antara faktor yang menyumbang kepada peningkatan kadar tersebut adalah disebabkan gaya hidup masyarakat negara yang kurang melakukan aktiviti senaman, sering berada dalam keadaan tekanan, faktor genetik, persekitaran, kesan pengambilan ubatan serta memiliki jadual kerja yang kurang seimbang.
Ketika ini, kebimbangan mulai berlaku dengan penerapan konsep Bekerja Dari Rumah (WFH) akan meningkatkan lagi kadar tersebut.
Malah kerunsingan tersebut tidak hanya tertumpu kepada golongan dewasa sahaja, kanak-kanak turut menjadi antara penyumbang kadar kegemukan di Malaysia.