Para pembayar cukai yang masih memiliki tunggakan baki yang perlu diselesaikan, bolehlah berbuat demikian pada Pusat Bayaran Kuala Lumpur (PBKL).
Kini, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) telah melanjutkan tempoh operasi pembayaran kaunter tersebut untuk memberi kemudahan kepada sesi pembayaran cukai sehingga 31 Disember ini.
Namun, lanjutan itu hanya merangkumi Bayaran Selain Tunai seperti kiriman wang, wang pos, draf bank dan cek – ia dibuka pada jam 8.00 pagi sehingga 4.30 petang.
Sementara itu, operasi Bayaran Tunai pula masih kekal dibuka sehingga jam 1.00 tengah hari. Untuk makluman lanjut, pengguna boleh layari pautan laman rasmi http://www.hasil.gov.my/ untuk sebarang perincian maklumat.