Artikel

Sekitar 85,242 Individu Bawah 40 Tahun Kini Berjaya Memperolehi Pekerjaan Baharu

Sehingga 11 Disember, seramai 106,443 individu telah berjaya memperolehi pekerjaan menerusi PenjanaKerjaya iaitu Insentif Pengambilan Pekerjaan.

Menurut Tengku Zafrul, Menteri Kewangan jumlah tersebut merangkumi 85,242 individu berusia 40 tahun kebawah dicatatkan, manakala 13,513 inidividu lain pula adalah dalam kalangan kumpulan berumur 40 tahun hingga 60 tahun.

Sementara itu, sekitar 1,268 individu dari golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) dan 6,420 perantis turut berjaya memperolehi pekerjaan.

Antara sektor dan industri utama yang mengambil pekerja ini adalah pembuatan, bahagian borong dan runcit.

Penempatan dan penawaran pekerjaan ini secara langsung membantu negara menurunkan kadar pengangguran serta meningkatkan aliran pertumbuhan sektor.