China kini telah memulakan siasatan anti-monopoli terhadap Alibaba – sekaligus memberikan lebih tekanan kepada gergasi edagang berkenaan yang akhir-akhir ini.
Selain pada Alibaba, sebelum ini syarikat Ant Financial turut telah melalui halangan oleh pihak kerajaan China untuk penyenaraian awam mereka.
Mengikut kenyataan yang dikeluarkan pihak China, mereka mengatakan Alibaba “disyaki dalam amalan monopoli”.
Jack Ma sebelum ini pernah mengkritik sistem kewangan negara China, selain mana melalui Ant Financial telah mula menawarkan sejumlah perkhidmatan kewangan lain seperti pinjaman dan sebagainya.
Apa pun, perkara ini sekaligus membawa kepada peningkatan kadar pinjaman dikalangan pengguna muda – selain risiko kadar hutang lapuk yang tinggi dikalangan penduduk China.