Artikel

Lalamove Menerima Suntikan Dana Sebanyak RM2 Bilion

Lalamove merupakan salah satu perkhidmatan penghantaran barangan yang berasal dari Hong Kong, dan turut ditawarkan di sejumlah negara termasuk Malaysia.

Ia telah ditubuhkan pada tahun 2013 yang lepas, menawarkan perkhidmatan penghantaran barangan dengan kepantasan penghantaran pada hari yang sama. Lalamove kini beroperasi di Hong Kong, Taiwan, Vietnam, Indonesia, Singapura, Filipina, Thailand, dan juga Malaysia.

Terbaru, mereka telah mengumpulkan suntikan dana terbaru, Series E berjumlah $515 juta, iaitu sekitar RM2.09 bilion. Melaluinya, Lalamove ingin terus memperluaskan penawaran ke bandar-bandar di China, selain terus mengukuhkan dan memperluaskan penawaran penghantaran mereka.

Dengan ledakan arena edagang, selain Perintah Kawalan Pergerakan, perkhidmatan logistik seperti Lalamove ini mula menerima permintaan tinggi.