Artikel

Telegram Melihat Ke Arah Menjana Pendapatan Melalui Pengiklanan Dan Perkhidmatan Berbayar

Telegram merupakan salah satu perkhidmatan permesejan yang popular, dan digunakan lebih 500 juta pengguna aktif setiap bulan. Dengan angka pengguna yang tinggi, semestinya ia melibatkan kos operasi termasuk pelayan yang tinggi.

Selari dengannya, kini pihak Telegram mengumumkan mereka sedang melihat ke arah untuk menjana pendapatan pada tahun 2021 kelak.


Antara kaedah yang dilihat adalah termasuk pengiklanan pada saluran Telegram Рbukannya pada bahagian permesejan individu atau berkumpulan, penawaran Sticker berbayar, dan juga sejumlah ciri memfokuskan pengguna tegar dan perniagaan yang ditawarkan secara berbayar.

Pihak Telegram turut mengatakan mereka mungkin tidak akan menjual perkhidmatan mereka seperti yang dilakukan WhatsApp kepada Facebook – sebaliknya hadir dengan sejumlah kaedah untuk terus menjana wang melalui perkhidmatan permesejan tersebut.