Artikel

Mutasi Baharu COVID-19 Kini Dikesan, Pemantauan Rapi KKM Dilakukan Berhubung Kadar Kebolehjangkitan

Mutasi COVID-19 baharu kini telah dikesan pada Kluster Benteng LD, Sabah.

Mutasi yang dikenali sebagai A701B ini sedang dipantau oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berhubung kadar kebolehjangkitannya pada masyarakat.

Menurut Ketua Pengarah KKM – Tan Sri Dr Noor Hisham, keputusan mutasi tersebut telah dikesan setelah KKM melaksanakan ujian 60 persampelan pada kluster terbabit.

Bagaimanapun, setakat ini kadar kebolehjangkitannya masih tidak dapat dipastikan – kesan virus mutasi tersebut pada masyarakat negara.

Untuk makluman, virus COVID-19 difahamkan sentiasa bermutasi sepanjang masa iaitu mengalami perubahan pada genetiknya, di mana perubahan tersebut mampu memberi kesan kepada tindak balas dalam tubuh badan seseorang individu. Namun kesan dan kadar yang dialami adalah berbeza.

Susulan itu, DG Hisham mengatakan pihaknya perlu ketahui apa kesannya pada jangkitan masyarakat. Sebelum ini pada Ogos lalu, mutasi D614G telah dikesan di Kedah pada Kluster Sivagangga, di mana makmal mendapati mutasi ini lebih mudah menjangkiti invidiu lain sebanyak 10 kali ganda.

Malah Johor dan Sabah turut menerima kewujudan mutasi tersebut.

Setakat ini, pemantauan berkenaan mutasi akan terus diperhatikan dan mengenalpasti kesannya menerusi keberkesanan vaksin.

Selain Malaysia, mutasi baharu ini turut dikesan di Afrika Selatan, Australia, Belanda dan Singapura.