Artikel

Pembayaran Bagi Permohonan Dan Rayuan Baharu BPN 2.0 Akan Disalurkan Mulai Januari 2021

Bagi individu yang melakukan permohonan dan rayuan baharu untuk Bantuan Prihatin Nasional 2.0 (BPN 2.0) – pada januari 2021 dana tersebut akan disalurkan kepada mereka.

Menurut Tengku Zafrul, Menteri Kewangan – permohonan tersebut kini sedag lalui fasa semakan.

Setakat ini, sekitar 10.13 juta penerima telh memperolehi faedah pada pembayaran fasa pertama BPN2.0 yang melibtkan bantuan bernilai RM4.6 bilion.

Sementara itu, sekitar 285,626 PKS mikro pula telah menerima manfaat bantuan daripada inisiatif Geran Khas Prihatin 2.0 sehingga awal Disember ini.

MOF ketika ini dinyatakan akan terus memastikan pelaksanaan inisiatif yang efektif untuk kesejahteraan rakyat, kesinambungan perniagaan dan daya tahan ekonomi.

Agensi LAKSANA akan terus memantau 32 inisiatif di bawah pakej rangsangan ekonomi yang sedang dijalankan pemerintah, bersama dengan sekurang-kurangnya 21 inisiatif di bawah anggaran yang akan bermula seawal Januari 2021 kelak.