Penglibatan negara pada perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) dijangka dapat tingkatkan fasa pemulihan ekonomi Malaysia.
Untuk makluman, terdapat 15 penyertaan buat negara pada perkongsian ini – menerusi platform tersebut ia dapat membantu negara dalam memasarkan perkhidmatan serta dapat memperolehi faedah pengurangan tarif.
Jangkaan ini turut disokong pada pengamatan MIDF Research yang mengunjurkan negara akan perolehi capaian Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sekitar RM16 bilion setahun menerusi perjanjian tersebut.
Malah, Perbadanan Pembangunan Luar Malaysia (MATRADE) juga turut menyasarkan prestasi eksport negara mampuĀ mencapai RM21 bilion setahun bagi pasaran RCEP.