Artikel

ASB Agih 4.25 Sen Seunit, Dividen Masih Rendah Dipengaruhi Pasaran Semasa

Amanah Saham Bumiputera (ASB) tahun ini telah mengumumkan pengagihan dividen adalah 4.25 sen seunit.

Ini secara tidak langsung memaparkan penurunan lebih rendah berbanding tahun 2019, di mana pihak mereka telah melakarkan sejarah pengagihan dividen terendah dengan 5.50 sen seunit sahaja.

Pembahagian dividen tahun ini terdiri daripada pendapatan 3.50 sen seunit dan bonus 0.75 sen.

Bagaimanapun agihan ehsan sebanyak 0.75 sen seunit akan diberikan kepada 30,000 unit pertama pemegang akaun ASB – insentif ini sebagai usaha  sempena sambutan ulang tahun ke 30 ASB.

Manakala agihan tahun-tahun lalu 2018, 2017 dan 2016 menunjukkan jumlah pengagihan ASB masing-masing adalah 7.00 sen seunit, 8.25 sen dan 7.25 sen seunit.

Kenyataan ini telah diumumkan oleh Pengerusi Permodalan Nasional Berhad – Tan Sri Zeti Akhtar Aziz dalam sidang media maya pada hari ini (23 Disember). Menurutnya tahun ini merupakan tahun yang sukar untuk ekonomi global namun pembangunan berterusan masih kekal dilakukan sejak suku ketiga tahun ini.

Antara faktor yang menjadikan jumlah agihan tersebut masih lagi rendah adalah disebabkan kelembapan pasaran yang berlaku dalam dan luar negara.