Artikel

89.2% Rakyat Malaysia Didapati Memiliki Kesedaran Tinggi Berhubung Pematuhan Tangani COVID-19

Sekitar 89.2% rakyat negara kini didapati memiliki kesedaran yang tinggi dalam kempen penerapan norma baharu iaitu mematuhi arahan garis panduan COVID-19.

Ini bermakna, usaha Kementerian Kesihatan Malaysia bersama Majlis Keselamatan Negara (MKN) berjaya meluaskan kesedaran tersebut kepada rakyat Malaysia.

Hasil tinjauan laporan Tahap Pematuhan Norma Baharu dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) sejak Ogos 2020 sehingga Disember 2020, jelas menunjukkan penerapan tersebut telah berjaya diamalkan oleh hampir keseluruhan rakyat negara.

Pada pemantauan kajian, terdapat tiga aspek yang dilihat adalah kadar mematuhi pemakaian pelitup muka mencatatkan 96.7%, manakala penjarakan fizikal pula 90% dan pembersihan tangan dengan sabun atau sanitasi pula adalah 88.7%.

Ini bermakna kadar pematuhan yang dipaparkan oleh rakyat negara adalah tinggi. Hanya sedikit peratusan sahaja yang masih gagal mematuhi rahan tersebut.

Menurut Dato’ Seri Ismail Sabri – Menteri Kanan (Pertahanan) – peratusan tinggi itu jelas menunjukkan orang ramai sedar akan kepentingan mematuhi arahan demi menjaga keselamatan dan kesejahteraan secara bersama.