Sempena musim percutian ini, para pengguna Maybank boleh menikmati pulangan tunai 30% bagi setiap penggunaan perbelanjaan menerusi kad fizikal MAE-Maybank, bermula hari ini (22 Disember) sehingga 11 Januari 2021.
Melalui transaksi minimum RM30, para pelanggan akan memperolehi RM10 untuk faedah pulangan tunai. Perkara ini dapat diperolehi dengan berbelanja pada kedai fizikal atau platform secara atas talian yang terpilih sahaja.
Antara kedai fizikal dan platform e-dagang yang terpilih adalah Sephora, KyoChon, Mr DIY, Watsons, Starbucks, Subway, EconSave, Shopee, Lazada, Zalora, Hermo, Tealive, Nandos dan beberapa lagi jenama lain.
Oleh itu, bagi pelanggan yang masih belum memohon kad fizikal MAE-Maybank ini, boleh memuat turun aplikasi MAE dan memetik bahagian kad untuk membuat permohonan kad fizikal.
Untuk makluman inisiatif MAE adalah mengalakkan simpanan, memudahkan pengguna memantau perbelanjaan, dan pada masa yang sama menggunakannya dalam memohon kad fizikal dan membuat pembayaran.
MAE juga boleh digunakan bukan sahaja oleh pelanggan Maybank, tetapi juga mereka yang tidak mempunyai akaun Maybank.