Artikel

Jaminan Bekalan Vaksin COVID-19 Negara Kini Mencapai 40%

Kerajaan kini telah memeterai perjanjian bersama AstraZeneca, syarika farmaseutikal bagi perolehan 6.4 juta dos vaksin COVID-19.

Perjanjian tersebut memaparkan penambahan 10% bekalan yang akan diterima oleh Malaysia.

Secara tidak langsung jaminan 40% bekalan vaksin buat negara telah dilaksanakan. Ini termasuk dengan perjanjian bersama COVAX dan Pfizer.

Sementara itu, tambahan bekalan vaksin lain sedang dilakukan rundingan akhir bersama Sinovac, CanSino serta Gamaleya. Usaha ini bagi memastikan dapat memenuhi bekalan mengikut jumlah populasi 26.5 juta rakyat.

Setakat ini, kerajaan akan membelanjakan sekitar RM2.05 bilion untuk rundingan bekalan tersebut.

Menurut Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin – rundingan yang dicapai bukan sekadar perolehi bekalan vaksin bahkan, turut merangkumi perkongsian teknologi antara negara.