Artikel

Tahukah Anda, Rambut Boleh Dijual? Nilai Pasaran Dijangka Cecah RM40.5 Bilion Menjelang 2024

Siapa sangka dengan rambut, kita mampu menghasilkan keuntungan lumayan.

Di mana nilai pasaran ketika ini mencatatkan lebih RM28.3 bilion (AS$7 bilion) dan dijangka terus meningkat melebihi RM40 bilion (AS$10 bilion) pada 2024.

Berdasarkan laporan Statista – bekalan asas utama jualan rambut ini kebanyakkannya berasal dari Hong Kong dan India. Kedua-dua negara ini menjadi pengeksport yang aktif dalam mengumpulkan bahan rambut sebelum diproseskan.

Antara penempatan sumber utama adalah dari India Selatan – di mana ramai individu mengorbankan rambut mereka dan melalui latihan menegangkan rambut. Sekitar 40 kepala akan dicukur setiap hari bagi memperolehi sumber asli rambut tersebut dan ia akan dijual menerusi platform lelongan.

Malah, dianggarkan satu lelongan bersamaan 157 tan rambut mampu menghasilkan RM6.4 juta (AS$1.6 juta).

Hong Kong telah mencatatkan eksport rambut bagi setahun sekitar RM122.3 juta (AS$30.2 juta) manakala India pula RM76.9 juta (AS$19 juta) – proses tersebut meliputi aspek menuai iaitu memotong bahagian rambut yang bersesuaian.

Namun, susulan ingin memastikan bekalan rambut terus diperolehi – proses pengumpulan rambut terus diperluaskan pada negara-negara seperti Myanmar, Laos, Mangolia, Indonesia, Bangladesh.