Artikel

Rumah Pangsa KL Berusia 40 Tahun Akan Dibangunkan Semula – Seiring Dengan Kemudahan Semasa

Kementerian Wilayah Persekutuan kini memaklumkan, ke semua rumah pangsa di Kuala Lumpur yang berusia 40 tahun akan dibangunkan semula.

Usaha ini sebagai langkah lanjutan yang bersesuaian dengan penggunaan semasa kediaman masyarakat di Kuala Lumpur.

Untuk makluman, tindakan itu akan dilaksanakan dibawah Program Pembaharuan Bandar Kementerian Wilayah Persekutuan.

Setakat ini, persetujuan bersama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur telah dilakukan bersama persediaan garis panduan pembangunan semula. Apa yang lebih menarik, penambahbaikan itu turut meliputi bangunan yang dibina oleh pemaju swasta.

Antara yang terlibat adalah rumah pangsa Seri Perlis di Keramat, Seri Labuan – Cheras dan Seri Negri Sembilan – Sentul, akan dibina semula dengan ukuran 750 hingga 800 kaki persegi, tiga bilik dan lengkap dengan kemudahan yang sama sepertimana kondominium.