Kini, golongan belia boleh meneroka peluang perniagaan di bawah program Francais Mikro atau Francais Mampu Milik.
Peluang tersebut telah diwujudkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) bagi memperkasakan penglibatan usahawan muda dalam sektor ekonomi negara.
Setakat ini, sekitar RM5 juta akan diperuntukkan oleh kerajaan bagi menggalakkan usaha tersebut. Selain itu, Skim Pembiayaan Kecil Francais dan Dana Bantuan Pembangunan Francais turut disediakan oleh Perbadanan Nasional.
Usaha ini selaras dengan Pelan Induk Pembangunan Francais Nasional bagi tempoh 2021-2025. Malah, ia secara terus dapat meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara.