Artikel

Bekalan Elektrik Tidak Akan Dipotong Dalam Tempoh 1 Januari Sehingga 31 Mac 2021 – TNB

Tiada pemotongan bekalan elektrik akan dilakukan kepada premis pengguna domestik yang memiliki tunggakan kurang daripada 6 bulan.

Kenyataan Tenaga Nasional Bhd (TNB) ini meliputi premis yang memiliki tunggakan sahaja – tempoh pemotongan akan berlaku sekitar 1 Januari 2021 sehingga 31 Mac 2021 kelak.

Menurut Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah, tindakan itu adalah sebahagian daripada usaha pihaknya membantu pengurangan bebanan kos yang ditanggung oleh pengguna terkesan.

Pengguna domestik yang punyai tunggakan diberi kemudahan buat pembayaran ansuran selama 6 bulan mulai 1 Jan hingga 30 Jun 2021, sementara itu bagi mereka yang memiliki tunggakan melebihi 6 bulan boleh merujuk kepada pihak TNB untuk sebarang lanjutan.

Sehubungan itu, pengguna tidak perlu khuatir berhubung permasalahan tunggakan tersebut.

Keputusan ini dilakukan berdasarkan pelbagai nasihat dan kepentingan keperluan semua pihak ketika penularan pandemik COVID-19 ini.