Artikel

Fasa 1 Permohonan i-SINAR Kini Dibuka, Pengeluaran Sehingga RM10,000 Boleh Dilakukan

Ahli Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP) boleh membuat permohonan pengeluaran i-SINAR bagi kategori pertama daripada Akaun 1 mulai hari ini, 21 Disember.

Untuk makluman terdapat dua kategori iaitu pertama yang layak memohon adalah ahli yang bekerja di sektor formal, yang bekerja sendiri, yang bekerja di dalam sektor ekonomi gig, yang sudah lama tidak mencarum, yang hilang pekerjaan, suri rumah atau yang diberi notis cuti tanpa gaji.

Kategori pertama seharusnya tidak melakukan sebarang caruman sekurang-kurangnya selama 2 bulan semasa permohonan ATAU mengalami pengurangan gaji pokok sekitar 30% dan keatas setelah Mac 2020.

Bagi kategori pertama tiada sebarang sokongan dokumen diperlukan, kelulusan akan diperolehi secara automatik berdasarkan data KWSP dan permohonan boleh dilakukan mulai 21 Disember 2020, iaitu hari ini.

Sementara itu, bagi kategori kedua pula boleh dimohon mulai 11 Januari 2021 ini.

Sehubungan itu, ahli pencarum boleh layari pada pautan https://isinar.kwsp.gov.my/ untuk membuat permohonan secara dalam talian.