Prasarana kini telah mengumumkan mereka akan menawarkan tawaran istimewa pakej My30 Plus 30 – Beli 1, Percuma 1, bermula dari 21 Disember 2020 sehingga 31 Mac 2021 kelak. Promosi ini hadir selari dengan usaha mengalakkan pelancongan domestik.
Melalui promosi ini, pengguna boleh membeli pas My30 untuk digunakan bagi perjalanan tanpa had berulang-kali menggunakan pengangkutan awam keretapi dan bas Rapid KL selama 30 hari, dan berpeluang untuk menebus pas perjalanan percuma tambahan My30.
Menariknya, pengguna boleh menebusnya dan menggunakan ia untuk pas bulan hadapan – sekaligus memberikan anda perjalanan tanpa had sehingga 60 hari.
Betul, kalau beli pas My30 bermula esok, nanti boleh scan qr kod yang disediakan dan isi maklumat. Selepas itu, anda boleh menebus pas My30 yang percuma bermula 17 Januari 2021. Namun penebusan adalah terhad (first come first serve).
— Ask Rapid KL (@askrapidkl) December 20, 2020
Pengguna yang berminat boleh membuat pembelian pas My30 di semua kaunter khidmat pelanggan di stesen LRT, MRT, monorel dan bas transit pantas (BRT), termasuk di lapan hab bas terpilih iaitu di Pasar Seni, KLCC, Sekysen 2 Shah Alam, Greenwood, Sri Nilam, Sunway Pyramid, Pearl Point dan Puchong Utama.
Apa pun, untuk proses penebusan kempen ini, ia hanya boleh dibuat di dua lokasi, iaitu di Sayap Timur Stesen KL Sentral, dan Hab Bas Pasar Seni.
Pihak Rapid KL turut menekankan yang mana penebusan ini adalah terhad, dan tertakluk kepada yang terawal (first come first serve). Pengguna juga perlu mengimbas kod QR yang disediakan dan isi beberapa maklumat yang diperlukan selepas membeli. Fasa penebusan adalah bermula 17 Januari 2021 sehingga 31 Mac 2021 kelak.
Prasarana tawar pakej beli satu percuma satu #My30 mulai esokhttps://t.co/NJIOSDzamP pic.twitter.com/AsfU6WGhYL
— BERNAMA (@bernamadotcom) December 20, 2020