Kementerian Pengajian Tinggi kini menyasarkan yang mana para pelajar universiti mungkin dijadualkan kembali ke kampus seawal bulan Mac 2021 kelak.
Apa pun, menurut pihak KPT, mereka akan mengemukakan permohonan kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk mendapatkan persetujuan mereka berkaitan perkara ini.
Menurut Menteri KPT, perkara ini masih dalam peringkat perbincangan. KPT akan mencadangkan bulan Mac 2021 sebaagi permulaan semester untuk pelajar universiti, tetapi perkara ini tidak boleh disahkan sehinggalah MKN bersetuju.
Buat masa ini, para pelajar di universiti awam dan swasta menggunakan kaedah pembelajaran secara atas-talian sejak daripada PKP dilaksanakan bulan Mac lepas.
Pengembalian pelajar ke kampus masih akan tertakluk kepada sejumlah perkara, termasuk perlu mengikuti SOP, serta beberapa perkara yang lain.
1. University students are expected to return to their respective campuses as early as March next year.
Higher Education Minister Noraini Ahmad told Berita Harian, the matter will be proposed to the National Security Council for approval. pic.twitter.com/MX46GmLdSP
— BFM News (@NewsBFM) December 19, 2020