Majlis Amanah Rakyat (MARA) kini mengumumkan kerjasama dengan pihak Shopee Malaysia, dan bersama akan berusaha dalam memasarkan produk keluaran usahawan Bumiputera secara atas-talian.
Kerjasama ini telah dimulakan pada awal bulan lepas, dan menyaksikan sekitar 280 usahawan menyertainya. Sehingga kini lebih 20,000 produk telah dipasarkan dengan penjanaan jualan sekitar RM200,000.
Pada awalnya, sekitar 5000 produk sahaja dirancang untuk dipasarkan untuk tempoh dua bulan pertama, tetapi sasaran berkenaan berjaya dicapai dan dilangkaui dalam masa yang singkat.
Disamping itu, kini Shopee turut mengatakan mereka menyasarkan untuk menambah tambahan 210 orang usahawan Bumiputera lagi ke platform edagang mereka pada suku pertama 2021 kelak.