Amerika Syarikat telah pun kini melakukan sekatan ekonomi terhadap lebih 60 syarikat China, sekaligus meningkatkan lagi ketegangan antara kedua-dua negara berkenaan. Terbaru, pada minggu ini Amerika Syarikat telah menambah sejumlah syarikat dibawah senarai entiti yang dihalang mereka, termasuk pengeluar semikonduktor SMIC, dan juga pengeluar dron terkemuka, DJI.
Selari dengannya, kini Bloomberg melaporkan, China mungkin mengambil langkah tindak balas terhadap Amerika Syarikat. Pihak China mengatakan Amerika Syarikat menyalah-guna kawalan eksport untuk menekan institusi, syarikat dan individu dari negara lain.
China turut mengatakan langkah ini memberikan kesan terhadap aktiviti ekonomi antarabangsa, selain peraturan perdagangan bebas, serta keselamatan rantaian bekalan global.
Minggu ini, Amerika Syarikat melakukan halangan terhadap DJI, mengatakan ia disenaraikan kerana melanggar hak asasi manusia, selain faktor keselamatan nasional.