Artikel

Mastercard Dan PineLabs Akan Memperluaskan Ciri “Bayar Kemudian” Ke Pasaran Asia Tenggara Pada Awal 2021

Mastercard dan Pine Labs kini mengumumkan mereka akan memperkenalkan ciri “Bayar Kemudian” atau “Pay Later” mereka tersendiri pada tahun hadapan di rantau Asia Tenggara, termasuk Malaysia. Dengan pengenalan ini, ia akan membolehkan para pengguna menikmati kemudahan ansuran tanpa-faedah untuk pembelian mereka.

Buat masa ini Pine Labs sedia bekerjasama dengan CIMB, VIvo dan beberapa pihak dalam menawarkan ciri “bayar kemudian” mereka. Mastercard sendiri mengatakan sekitar 15% pengguna di rantau Asia Tenggara akan meningkatkan perbelanjaan sekiranya dibenarkan untuk dibayar dalam bentuk ansuran.

Seperti ramai sedia maklum, pembayaran ansuran untuk kad kredit adalah sesuatu yang biasa. Namun, kerjasama Mastercard dan Pine Labs ini membuka ruangan untuk pembayaran ansuran melalui kad debit atau akaun bank meliputi pembelian di kedai atau secara atas-talian.

Pasaran “Bayar Kemudian” ini sendiri dijangka akan meningkat dari $7.3 bilion pada 2019 yang lepas, mencapai kepada $33.6 bilion menjelang 2027 kelak. Ia diperkatakan rantau Asia Pasifik bakal menyaksikan peningkatan yang sangat drastik dalam arena ini.