Artikel

RM2,000 Bakal Diberikan Kepada Pelajar Sabah Yang Berdaftar Pertama Kali Di Peringkat Universiti – Bagi Sesi 2021

Pelajar Sabah yang bakal melanjutkan pelajaran di peringkat Universiti dan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) buat pertama kali – kini bakal di peruntukan sekitar RM2,000 setiap individu.

Kenyataan itu telah diperolehi menerusi sidang Belanjawan Sabah 2021 yang dilihat baik untuk pembangunan sektor pendidikan negeri tersebut.

Sumbangan tersebut hanya akan diberikan kepada pelajar Sabah yang pertama kali mendaftarkan diri bagi mana-mana IPT atau universiti awam, swasta sahaja.

Tidak hanya peruntukan tersebut, pelajar Sabah yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) juga bakal menerima RM200 pada akhir 2021.

Peruntukan Itu dilihat turut mendapat perhatian Datuk Seri Masidi Manjun menerusi ciapan Twitternya.