Artikel

Perluasan Kemudahan Internet Bagi Golongan Isi Rumah B40, Pelajar SPM Dan STPM – Kini Dipertingkatkan

Golongan isi rumah B40, pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) kini berpeluang menikmati insentif baharu Kementerian Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (KKMM) berhubung kemudahan internet pada 2021.

Antara kemudahan yang bakal diperolehi adalah capaian WIFI percuma di kawasan umum terpilih di 130 Program Perumahan Rakyat (PPR) sehingga April 2021.

Malah perolehan 1GB percuma yang akan berakhir pada 31 Disember ini juga bakal dilanjutkan.

Selain itu, pada inisiatif sama peruntukan kredit telekomunikasi bernilai RM180, iaitu sebanyak RM15 sebulan akan diperuntukan untuk seorang individu ataupun subsidi tersebut dapat digunakan untuk menampung sebahagaian kos pembelian peranti pintar.

Manakala pelajar pula dapat menikmati tawaran Pakej Data Khas SPM/STPM 2021 sehingga akhir April 2021 kelak. Ini bagi membantu kelangsung pembelajaran secara digital sehingga peperiksaan tamat.

Tawaran pakej itu akan mula dilaksanakan pada 6 Januari 2021, maklumat lanjut boleh dilayari pada portal rasmi KKMM.