Artikel

Pelaksanaan PKPB Di Selangor, Kuala Lumpur Dilanjutkan Sehingga 31 Disember 2020

Sidang media Majlis Keselamatan Negara (MKN) kini mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Selangor dan Kuala Lumpur dilanjutkan.

PKPB ini dilanjutkan lagi sehingga 31 Disember 2020.

Dato’ Seri Ismail Sabri mengatakan tindakan ini berikutan kawasan industri dan kalangan orang awam menunjukkan peningkatan kes positif COVID-19.

Menerusi penilaian risiko bersama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) lanjutan itu perlu dilakukan bagi megekang penularan yang lebih tinggi.

Bagi Selangor, pelaksanaan PKPB ini terkecuali kepada Sabak Bernam, Hulu Selangor dan Kuala Selangor.