Dalam usaha penstrukturan semula, kini Coca-Cola mengumumkan mereka akan mengurangkan sebanyak 2,200 pekerja di seluruh dunia. Di Amerika Syarikat sahaja, seramai 1,200 pekerja akan dikurangkan, sementara bakinya adalah pada peringkat global.
Salah satu sebabnya adalah kerana penularan wabak Covid-19 yang memberikan kesan pada pendapatan, disamping meningkatkan kos yang ditanggung syarikat berkenaan.
Ia diperkatakan, hampir separuh pendapatan Coca-Cola adalah apabila pengguna mendapatkan minuman di luar rumah. Dan, disebabkan oleh Perintah Kawalan Pergerakan, ia memberikan impak terhadap pendapatan mereka.
Sebagai sebahagian langkah penstrukturan juga, Coca-Cola akan menubuhkan unit operasi yang memfokuskan sesuatu rantau, dan bekerjasama dengan pasukan pemasaran global mereka.