Artikel

Peningkatan Jangka Hayat Individu Berusia 60 Tahun Ke Atas, Dorong Cadangan Tingkatkan Had Umur Persaraan

Bulan ini telah memperlihatkan beberapa cadangan berhubung kumpulan individu yang berusia 60 tahun dan ke atas.

Berdasarkan tinjauan Jabatan Perangkaan Malaysia, kadar jangka hayat berusia 60 tahun kini telah meningkat kepada 10.7% iaitu pada tahun 2019 seramai 3.4 juta individu dicatatkan bagi kumpulan tersebut, namun tahun 2020 menunjukkan seramai 3.5 juta kumpulan usia 60 tahun ke atas dicatatkan.

Data ini secara tidak langsung mempamerkan peningkatan jangka hayat masyarakat negara berada pada tahap yang baik.

Peningkatan ini dijangka bagi lelaki yang berusia 60 tahun dianggarkan mampu hidup sehingga 78.4 tahun, sementara itu wanita berusia 60 tahun pula dianggarkan mampuhidup sehingga 81.2 tahun.

Malah faktor yang turut mendorong pada peningkatan ini adalah disebabkan sistem pemakanan yang lebih baik, peningkatan pendidikan, penjagaan kesihatan, penggunaan perancang keluarga dan penurunan kadar kematian bayi dan kanak-kanak.

Susulan itu, laporan Berita Harian memaparkan – Bank Dunia sebelum ini telah mengusulkan bahawa had usia persaraan di Malaysia perlu dipertingkatkan kepada usia 65 tahun. Peningkatan jangka hayat ini secara tidak langsung menunjukkan rakyat negara masih berkemampuan bekerja untuk tempoh yang lebih lama.

Setakat ini hanya 45% kumpulan 60 tahun ke atas bekerja di Malaysia, ia lebih rendah berbanding lebih 65% tenaga kerja dari kumpulan yang sama di negara seperti Thailand, Jepun.

Terbaharu, Jabatan Kebajikan Masyarakat pula mulai mengusulkan negara perlu mengubah tetapan definisi umur warga emas dari 60 tahun kepada 65 tahun.

Perkara itu telah dicadangkan pada pertemuan Majlis Penasihat dan Perundingan Warga Emas Negara yang telah dipengerusikan oleh Datuk Seri Rina Mohd Harun, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Cadangan-cadangan ini secara tidak langsung menunjukkan faktor sokongan telah membantu meningkatkan kadar jangka hayat negara. Ini secara tidak langsung dapat memberi manfaat kepada pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia kelak.