Artikel

Prestasi Ekonomi Malaysia 2021 Dijangka Baik, Catat Pertumbuhan 6.7% – Bank Dunia

Pertumbuhan ekonomi negara kini dijangka bakal dirancakkan semula.

Bank Dunia ketika ini mengunjurkan ekonomi Malaysia bakal mencatatkan pertumbuhan 6.7% pada 2021 dan alami peningkatan pertumbuhan pada peringkat global.

Ini kerana terdapat beberapa aspek seperti permintaan eksport, pelaburan dan beberapa sektor yang dilihat berpotensi menyumbang kepada perolehan negara.

Malah, menurut Shakira Teh Sharifuddin ahli ekonomi Bank Dunia pada Economic Monitor December 2020 hari ini – pelancaran program vaksin COVID-19 pada tahun hadapan bakal memberi sokongan kukuh kepada keyakinan ekonomi negara.

Bagaimanapun, jangkaan pemulihan ekonomi ini tidak meliputi secara menyeluruh namun sasaran tersebut masih lagi baik untuk prestasi negara akan datang.

Malaysia turut disarankan mengukuhkan semula simpanan negara bagi menyemibangkan semula pertumbuhan negara.