Artikel

Mulai 1 Januari 2021, Pekerja Asing Tidak Dibenarkan Bekerja Di Pasar Borong KL – Peniaga Perlu Patuhi Dasar Ini

Mulai 1 Januari 2021, pekerja asing tidak dibenarkan bekerja di pasar borong.

Sekiranya para peniaga, pemborong gagal mengikuti dasar tersebut – berkemungkinan mereka akan berdepan dengan kehilangan lesen perniagaan.

Kenyataan itu telah ditegaskan oleh Tan Sri Annuar Musa Menteri Wilayah Persekutuan berhubung permohonan rayuan yang diterimanya daripada pemborong pasar. Notis yang telah diberikan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pada 23 Oktober lalu telah menimbulkan pelbagai keluhan para peniaga.

Menurutnya dasar itu adalah bersifat kekal, di mana tiada sebarang perubahan atau kebenaran akan diberikan kepada pekerja asing, meskipun mereka memiliki permit yang sah.