Artikel

Kini Pengguna Malaysia Boleh Menikmati Perkhidmatan ‘Beli Sekarang Bayar Kemudian’ – Melalui Kerjasama Razer, Rely

Kini perkhidmatan Beli Sekarang Bayar Kemudian (BNPL) ditawarkan pada pasaran Asia Tenggara, termasuklah Malaysia.

Perkara ini diumumkan hasil kerjasama antara Razer Fintech bersama Rely iaitu penyedia perkhidmatan BNPL. Tawaran ini sekaligus memberi manfaat kepada peniaga yang berdaftar dibawah Razer Merchant Services (RMS) dan B2B dengan mampu menawarkan BNPL kepada pelanggan mereka tanpa faedah.

Selain Malaysia, perkhidmatan kerjasama Rely ini turut memasuki pasaran Singapura dan Korea Selatan. Perluasan ini telah disokong hasil perolehan modal teroka dari Goldbell Financial Services sekitar RM400 juta.

Menurut laporan JPMorgan aliran pembayaran digital pada platform e-dagang di Malaysia dianggarkan meningkat sebanyak 24% pada tahun 2021.

Konsep BNPL masih belum muncul di Malaysia, oleh itu dengan adanya penerapan kerjasama ini sudah pasti dapat meningkatkan pertumbuhan transaksi pada aliran pembayaran negara.