Artikel

Dana Kemudahan Teknologi Tinggi Bernilai RM1 Bilion Kini Ditawarkan Kepada PKS – BNM

Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) kini boleh mula memohon peruntukan dana dibawah Kemudahan Teknologi Tinggi – Aspirasi Pelaburan Nasional (HTF-NIA) yang bernilai RM1 bilion.

Peruntukan dana Bank Negara Malaysia (BNM) ini merangkumi pemain PKS yang terlibat dalam sektor perkilangan, teknologi tinggi, elektrik dan elektronik, aeroangkasa, farmaseutikal, ICT, bahagian penyelidikan, teknologi hijau, dan bioteknologi.

Langkah ini penting bagi memperkukuh kedudukan daya saing Malaysia dalam rantaian nilai global, memelihara ekosistem rantaian penawaran dan melindungi pekerjaan berkemahiran tinggi.

Untuk makluman, amaun pembiayaan pada kadar maksimum akan disalurkan sekitar RM1 juta bagi setiap PKS untuk modal kerja ataupun RM5 juta bagi setiap PKS untuk perbelanjaan modal atau kombinasi modal kerja. Pembiayaan ini melalui tempoh maksimum sekitar 7 tahun.

Bagi PKS yang layak, kini sudah boleh melakukan permohonan pada pautan BNM Tangani COVID-19, permohonan ini akan berakhir pada 31 Disember 2021, tahun hadapan.