Aliran trafik penerbangan kini dijangka dapat dipulihkan semula.
Malaysia Airports Holding Bhd (MAHB) melihat perkara itu dapat diatasi dengan permulaan penyambungan semula operasi Cathay Pacific.
Ini kerana, syarikat penerbangan tersebut telah memulakan perjalanan udara mereka ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada bulan lalu.
Malah, tidak hanya mereka beberapa syarikat penerbangan lain turut merancang melakukan penerbangan mereka. Bagi bulan ini, AirAsia Indonesia juga telah menyatakan hasrat untuk menyambung semula operasi dari Kuala Namu ke Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang.
Untuk trafik domestik pula, Firefly akan memulakan operasi di Pulau Pinang ke Kuching dan Kota Kinabalu pada tahun hadapan, 2021.
Usaha pemulihan ini secara terus dapat menghasilkan unjuran yang positif pada sektor penerbangan negara.
MAHB turut menjangkakan aliran domestik pada bulan ini akan memaparkan peningkatan berikutan sekatan merentas negeri telah ditamatkan.