Bagi menjaga kepentingan diri, Majlis Keselamatan Negara (MKN) menegaskan pemakaian pelitup muka hanya wajib di kawasan awam yang bersesak sahaja.
Menurut Dato’ Seri Ismail Sabri, Menteri Kanan sekiranya individu tersebut bersendirian dan terhindak dari kawasan sesak maka isu kompaun atau denda tidak akan dilakukan.
Ia juga termasuklah bagi kawasan tempat makan, yang telah melakukan penjarakan fizikal, maka dapat memberi ruang untuk individu tidak memakai pelitup muka.
Menerusi ulasan tersebut, DS Ismail berharap isu kompaun ini tidak akan dilakukan terhadap mereka yang diluar kawasan sesak. Ini kerana, pengenaan denda itu hanya tertakluk kepada kesesakan kawasan sahaja.
Menjawab isu pelitup muka atau ‘face mask’. pic.twitter.com/GLSv3IoiUq
— Ismail Sabri (@IsmailSabri60) December 16, 2020
Antara tempat yang disarankan memakai pelitup muka adalah kawasan seperti pasar dan pengangkutan awam.
Namun begitu, demi menjaga kesejateraan bersama – pemakaian pelitup muka kekal diwajibkan dalam kalangan rakyat Malaysia.