Artikel

Sekitar RM600 Juta Bakal Diperuntukkan Kelantan Bagi Pembinaan Stadium – Sempena SUKMA 2024

Pembinaan sebuah stadium baharu di Bukit Merbau, Kelantan bakal dibina bagi pelaksanaan Sukan Malaysia (Sukma) menjelang 2024 tidak lama lagi.

Melalui anggaran pembinaan sekitar RM600 juta – projek itu akan memperlihatkan perluasan sebuah stadium pada tanah seluas 129.5 hektar dengan kapasiti 40,000.

Meskipun Kelantan memiliki kekurangan dari segi prasarana moden namun dengan persediaan rapi – acara itu secara secara tidak langsung dapat membantu mengubah landskap sukan di negeri tersebut.

Bagaimanapun, perancangan membangunkan sebuah stadium di Bukit Merbau ini telah mula diuar-uarkan sejak tahun beberapa tahun yang lalu.